Wednesday, September 26, 2012

APA YANG DIKATAKAN PERBEZAAN DAN PERSAMAAN..

Apa yang dikatakan perbezaan dan persamaan … Semalam saya ziarah sifu dan isteri dirumahnya…kami berborak-borak mengenai Botanical Drink Energy , Women Essenz, 3S dan Stemcell Kolagen. Saya menyarankan sifu dan isteri mengambil dan tengok kesan dalam masa seminggu. Sifu tak membantah dan kalau dilihat pada rak kat dapur tu berbagai-bagai brand yang ada sebagai hadiah kepada sifu. Sifu ada menyentuh semua produk ada kekuatan masing2 …. Kita akan makan kerana pengalaman orang yang telah mengamalkan pemakanan berkhasiat ini. Tapi kita semua dilahirkan serupa … rambut sama hitam.. tapi penerimaan badan pada bahan2 tersebut berlainan. Mungkin dengan saya serasi tapi dengan si A tidak. Sifu pula menasihatkan jika kita menerima satu pelawaan tentang produk , kita beli , makan dan dalam tempoh seminggu tiada kesan pada diri kita . Jangan salahkan produk tersebut … alasannya … produk tersebut tidak bertindakbalas dengan system imunisasi badan. Beritahu dengan baik pada kawan tersebut kerana Allah ada menyatakan setiap penyakit ada ubatnya .. jika kita tak sesuai dengan ‘herba malaysia’ , mungkin kita sesuai dengan ginseng atau pemakanan sunnah… kita kena berikhtiar mencari penawarnya. apa yang dikatakan perbezaan dan persamaan dalam kes sifu saya ini ialah kandungan herba didalam produk yang saya bagi dengan yang tersusun dirak adalah sama …tetapi yang membezakannya ialah produk saya ini manufacturing di Selangor dan yang satu lagi di luar negara … kesudahannya menggunakan herba dr malaysia juga...kadang2 kita ni berkeyakinan produk dr luar negara lebih baik dari negara kita sendiri.. itu lah ... tak tahu sapa nak jawab...

No comments:

Post a Comment